PAMERAN PENGANTIN TERBESAR
MALAYSIA WEDDING FESTIVAL (MEFA)

Festival pengantin paling popular iaitu Malaysia Wedding Festival (MEFA) akan kembali menanti semua bakal-bakal pengantin pada 12-14 Mei 2017 di Shah Alam Convention Centre (SACC). Penganjuran kali ke-16 oleh Mefa Events pasti dinantikan kerana tawaran sehingga 70% diskaun pakej pengantin hanya terhad untuk 3 hari pameran sahaja dari 10 pagi hingga 9 malam.

Festival pengantin ini merupakan kemudahan kepada bakal-bakal pengantin untuk melakukan persiapan perkahwinan kerana MEFA menganjurkan pameran seperti One Stop Centre Wedding, dari produk katering, pelamin, butik pengantin, kad kahwin, cenderahati, dewan perkahwinan dan pelbagai lagi. Kesemua vendor atau wedding planner yang menyertai MEFA adalah gabungan dari pelbagai kawasan dari Shah Alam, Ampang, Bangi, Kajang, Damansara, Gombak dan seluruh Lembah Klang. Keseluruhan vendor membuat promosi di MEFA melebihi 100 tapak promosi.