5 Perkara Penting Sebelum Buat Kenduri Kahwin

Setelah menjalinkan hubungan yang lama dan erat, anda dan pasangan kini bersedia untuk melangkah ke fasa perkahwinan. Seronok bila nak kahwin tapi, stress bila difikirkan. Banyak persiapan yang perlu dibuat bagi meraikan hari bahagia. Macam mana nak urus? Nak mula dari mana? Apa perkara penting yang perlu diuruskan terlebih dahulu?

1. Lokasi majlis yang selesa
Berapa jumlah jemputan anda? Pastinya ia bergantung pada kapasiti tempat yang dipilih tidak kiralah sama ada dewan atau rumah perlulah sesuai dengan jumlah jemputan yang hadir. Kita menjemput mereka datang untuk sama-sama meraikan hari bahagia kita, takkanlah nak dibiarkan mereka terpaksa berdiri menunggu tempat duduk hingga tetamu yang lain selesai menjamu selera. Jadi, pemilih lokasi perkahwinan mesti bersesuaian.

2. Berhawa dingin atau tempat terbuka
Penghawa dingin dan kipas mencukupi buat tetamu yang datang. Terutamanya jika majlis diadakan di rumah. Tetapi jika di dewan, cuba dapatkan tempat berhawa dingin supaya tetamu yang datang bersama anak kecil akan berasa selesa dalam meraikan hari bahagia anda.

3. Stall makanan
Konsep ‘stall’ makanan kini dilihat semakin popular dalam sesebuah majlis perkahwinan. Lazimnya stall ini akan disusun di tepi dewan berdekatan dengan meja tetamu, menghidangkan pilihan makanan dan kudapan seperti coffee corner, kuih-muih, apam balik, aiskrim dan macam-macam lagi. Konsep ini menarik dan pada yang sama memeriahkan majlis juga. Secara tidak langsung memberi lebih pilihan buat tetamu yang datang jika tidak mahu makan nasi.

4. Aneka pilihan lauk kenduri
Kebanyakan majlis perkahwinan yang dihadiri pasti menghidangkan lauk yang hampir sama. Ayam goreng rempah, daging kurma, acar buah dan banyak lagi. Pastikan pilihan lauk ini pelbagai supaya jika ada tetamu yang tidak makan satu lauk, mereka ada pilihan lauk yang lain. Ataupun, hidangkan sekali satu lauk tradisi dari negeri anda. Barulah berselera mereka nak isi perut.

5.Parking dan Kemudahan Asas
Perkara ini sering menjadi isu di majlis-majlis perkahwinan. Pastikan parkir mencukupi, sesuai dengan jumlah tetamu yang dijemput. Tempat yang dipilih juga mestilah ada menyediakan kemudahan ini dengan luas. Jangan lupa untuk mendapatkan khidmat pasukan RELA untuk mengawal trafik.

Begitu juga kemudahan asas yang lain seperti tandas dan surau supaya semua tetamu yang hadir berasa selesa.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.