8 Tips Mencari Lokasi Perkahwinan

Anda sedang mencari lokasi atau dewan yang sesuai untuk melangsungkan hari bersejarah anda dan pasangan? Kami senaraikan 8 tips untuk anda berdua.

#1: Lokasi
Bagi sesetengah pengantin pastinya memikirkan kedudukan majlis iaitu lokasi hari bersejarah dari aspek keluarga dan juga jarak. Pastikan anda sepakat dan memeriksa kawasan serta jarak lokasi bagi memudahkan semua pihak.

#2: Kos
Ini semestinya perlu berada antara dalam senarai teratas apabila mencari tempat atau dewan berlangsungnya perkahwinan anda nanti, tidak kiralah majlis akad nikah atau resepsi. Ada banyak laman web dan blog review dari blogger-blogger tempatan yang juga bakal pengantin telah menyenaraikan lokasi-lokasi yang sesuai dengan harga sewanya sekali. Pastikan blog yang anda baca itu paling terkini sebab ada yang harga sudah naik. Anda boleh Google dan semak senarai lokasi

#3: Pakej
Ada sesetengah yang menawarkan sekali dengan pakej. Ada sesetengah lokasi menawarkan dewan sahaja. Anda boleh cuba lihat mana yang sesuai dengan pilihan anda. Ada juga yang menyewakan dewan kosong sahaja, di mana anda perlu menyewa kerusi dan meja makan sendiri dan ada juga yang akan meminta anda membayar sedikit extra jika anda tidak mahu menggunakan panel katering. Akhir sekali ada yang menawarkan semua benda, termasuk baju pengantin dan cenderahati untuk tetamu. Ikutlah mana yang sesuai untuk anda, pasangan dan bajet anda. Tetapi kebanyakan sekarang sangat mudah sebab disertakan pakej bagi memudahkan anda.

#4: Parking
Ada sesetengah tempat ada masalah susah untuk tetamu mencari parking, ada juga tempat yang perlu dibayar parkingnya. Tapi ada juga hotel-hotel yang menawarkan ‘flat rate’ untuk tetamu majlis perkahwinan yang diadakan di hotel mereka. Pastikan kadar yang dikenakan tidak menyusahkan tetamu dan jika terdapat parking percuma, ia lagi baik.

#5: Tarikh
Agak-agak kalau tarikh yang dipilih anda itu musim hujan atau musim jerebu, mungkin ada baiknya anda memilih lokasi dalam bangunan. Paling penting, anda perlu confirm terus hal lokasi majlis paling elok 6 bulan sebelum majlis berlangsung. Lebih-lebih lagi jika tarikh yang anda pilih itu adalah pada musim cuti sekolah atau lokasi yang anda pilih adalah lokasi panas pilihan bakal pengantin terutama dewan-dewan majlis di lembah klang kerana tarikh-tarikh panas, pastikan akan cepat habis.

#6: Keluarga
Majlis perkahwinan ini pun melibatkan keluarga. Tidakk kisah jauh atau dekat, seboleh-bolehnya mereka pun mahu berkongsi sama kegembiraan anda. Paling-paling, pastikan lokasi yang anda pilih, mudah untuk mereka menyewa hotel atau homestay. Anda pun boleh menyumbang sedikit jika anda mampu. Pastikan setiap keluarga sepakat sebelum membuat keputusan.

#7: Tag lokasi
Ada akaun Instagram? Ada akaun Facebook? Ini cara paling mudah nak survey tempat kahwin. Selalunya tetamu/jurugambar/pengantin akan tag lokasi majlis mereka atau check-in lokasi. Hah. Klik link lokasi mereka. Siap ada peta lagi kan? Anda tengok lah gambar-gambar di bawah tag lokasi itu. Mana tahu anda berkenan dengan lokasi majlis itu.

#8: Pengantin
Ini yang paling penting. Pada majlis anda nanti, raja/ratu sebenar adalah anda dan pasangan. Jadi, yang paling penting, anda dan pasangan haruslah selesa dengan pemilihan tempat. Jika anda tidak suka ruang yang kecil dan sesak, mungkin anda boleh menempah ruang yang besar. Jika anda atau pasangan cepat berpeluh, dewan yang mempunyai pendingin hawa adalah lebih sesuai untuk anda berdua. Jadi, pilihlah lokasi yang sesuai untuk anda berdua. Yang paling penting, anda berdua selesa dan gembira di samping insan-insan tersayang.

Kredit Photo: Ani Catering & Wedding Planner, EDM Events & Photography

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.