Perunding Perkahwinan Membantu melancarkan Majlis Perkahwinan

Merancang sebuah majlis perkahwinan bukanlah satu tugas yang mudah kerana perancangan perlu diadakan berbulan-bulan lebih awal. Persiapan harus dilakukan dengan teliti agar tidak ada yang tercicir kerana dikhuatiri boleh merosakkan majlis.

Pendek kata tugas sebagai perunding perkahwinan ini memerlukan banyak kesabaran, kudrat yang tinggi, idea yang kreatif, bijak berhujah bagi menyakinkan pelanggan dan sebagainya. Siapa cakap tugas sebagai perunding perkahwinan ini mudah?

Perunding Perkahwinan Bukan Tugas Yang Mudah.
Walaupun tugas ini nampak mudah dimata orang lain kerana orang melihat fungsi mereka hanya memasang pelamin, menghias bilik tidur, menyediakan baju pengantin dan sebagainya, hakikatnya tidak semudah itu. Banyak perkara yang perlu diambil kira kerana pelanggan meletakkan amanah kepada perunding perkahwinan ini agar majlis mereka berjalan dengan lancar.

Kerja sebagai perunding perkahwinan ini sebenarnya rumit. Memang ramai yang menjadi perunding perkahwinan namun ada juga yang lari separuh jalan. Ini kerana mereka tidak pandai menguruskan sesuatu majlis itu dan akhirnya majlis tidak menjadi dan dah tentulah pelanggan juga akan marah. Yang kena tempias perunding perkahwinan lain.

Kenapa Perlu Bayar Wedding Planner Untuk Majlis?

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengapa perlu bazirkan duit untuk dapatkan perunding perkahwinan kerana kos untuk dapatkan wedding planner ini bukanlah rendah sedangkan bakal pengantin atau ahli keluarga boleh uruskan majlis sendiri.

Ini adalah kerana pasangan yang hendak berkahwin hendaklah memilih konsep apa yang mereka inginkan kerana konsep amat penting sebelum persiapan lain dilakukan. Begitu juga dengan pilihan kesesuaian warna.

Ramai pasangan yang menghadapi masalah pada saat-saat akhir majlis kerana mengharapkan keluarga yang berjanji hendak menolong tetapi kemudian tidak menjadi. Bukannya tidak mahu mengharapkan bantuan saudara-mara tetapi biasanya mereka terlupa kerana tidak mencatat dan sekadar mengharapkan janji mulut. Akhirnya jadi bergaduh pula atau bermasam muka. Itu yang kita tak nak.

Tetapi seorang perunding perkahwinan yang bertauliah akan berbincang dengan pihak keluarga pengantin, mencatatkan setiap kehendak dan keperluan keluarga serta pengantin, menasihatkan apa yang cantik dan tidak cantik. Tugas mereka ini samalah seperti membuat satu projek besar yang memerlukan sebut harga dan sebagainya.

Pendek kata mereka menyediakan khidmat dari A hingga Z. Dari pelamin, baju pengantin, katering, venue, dekorasi dewan, videographer, photographer, homestay dan banyak lagi demi memastikan majlis yang bakal berlangsung berjalan dengan lancar.

Bagi memudahkan urusan perkahwinan anda dan memilih wedding planner terbaik mengikut citarasa anda, kunjungi pameran pengantin seperti Malaysia Wedding Festival (MEFA) yang mengumpulkan 100 vendor perkahwinan khususnya di lembah klang. Pastinya memudahkan masa dan wang anda dalam merancang majlis.

0 komen pembaca

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama komen artikel ini.

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.